Mencapai Ganjaran Abadi Sepanjang Zaman Melalui Infaq Al-Quran. Sesungguhnya setiap ayat yang dibaca akan mengalirlah ganjaran pahala buat kita.
“Ya Allah, mengalirkanlah pahala setiap bacaan kami kepada para pemberi Al-Quran ini. Berkatilah dan permudahkanlah hidupnya serta keluarganya, kabulkanlah hajat baik yang mereka pinta, berikanlah ketenangan, mudahkanlah rezekinya dan ampunilah dosa-dosanya. Amin.”
Kami mensasarkan kutipan sebanyak RM9,000 untuk kempen ini. Infaq Quran bernilai RM13 setiap satu. Pembelian Al Quran beserta rehal dapat diwakafkan kepada kelas mengaji AL-Quran ini akan terus dapat dimanfaatkan dan sekaligus mereka yang menginfaq akan turut mendapat pahala yang berterusan kerana amal jariah mereka.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya”
(Hadis Riwayat Muslim).
1 huruf dibaca sama dengan 10 kebaikan. Bayangkan berapa banyak pahala yang anda akan dapat sekiranya infaq naskah Al-Quran anda berada di tangan pelajar tahfiz. Semoga ianya menjadi saham yang berkekalan buat semua dermawan yang menyumbang.
Jom #BuatBaik!