Kenapa perlu bantu Syria? Masya-Allah, dengan izin Allah kami berpeluang menyaksikan dengan mata kami sendiri tentang keadaan Syria!

Sepanjang lebih satu dekad konflik di Syria, pelbagai institusi asas seperti sekolah, hospital dan masjid telah mengalami kemusnahan yang teruk. Keadaan ini menyebabkan komuniti setempat bukan sahaja kehilangan kemudahan penting, malah terpaksa bergelut untuk membina semula kehidupan dari titik yang hampir kosong.

Selepas pembebasan Syria pada Disember 2024, semakin ramai keluarga mula kembali ke tanah air mereka dengan harapan untuk memulakan semula kehidupan. Namun realitinya, kebanyakan sekolah masih berada dalam keadaan uzur dan tidak selamat, sekali gus menghalang kanak-kanak daripada mendapatkan pendidikan dalam persekitaran yang selesa dan sempurna.

Sekolah Majdal Kikhia di Salma, Latakia merupakan antara yang paling terjejas. Dahulunya menjadi pusat pendidikan penting bagi komuniti setempat, kini ia mengalami kerosakan struktur yang serius, kekurangan bekalan air dan elektrik, serta ketiadaan kemudahan asas seperti perabot yang mencukupi.
Melalui Projek Pemulihan Sekolah, Syria Care berhasrat untuk membaik pulih sekolah ini agar kembali menjadi ruang yang selamat, kondusif dan bermakna untuk kanak-kanak belajar serta berkembang.

Inisiatif ini bukan sekadar membina semula sebuah bangunan, tetapi menghidupkan kembali harapan, kestabilan dan masa depan bagi seluruh komuniti.
Ayuh rakyat Malaysia, kita berganding bahu dalam memberikan bantuan. Walaupun kita tidak mampu untuk ke sana memberikan bantuan secara tenaga dan bersemuka namun bantuan tunai yang diberikan cukup memberikan sinar buat mereka.
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” - Riwayat Muslim.
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.
𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.
Jom #BuatBaik!

Struktur tingkap bilik darjah di Sekolah Majdal Kikhia di Salma, Latakia, Syria telah diperkukuh terlebih dahulu sebelum pemasangan jeriji besi dilakukan bagi memastikan keselamatan dan ketahanan bangunan untuk kegunaan pelajar.

Sekolah ini sepatutnya sudah dibuka semula pada Januari, namun keadaan tidak mengizinkan apabila kerja-kerja terpaksa ditangguhkan akibat kekangan dana.
Dana sangat diperlukan bagi memastikan kerja-kerja ini dapat diteruskan tanpa perlu ditangguhkan lagi. Sangat menyedihkan jika anak-anak ini sekali lagi terpaksa menunggu lebih lama untuk kembali ke sekolah mereka.

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini