Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Aug 22, 2024
RM238 / 7.93 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Islam sangat menggalakkan usaha manusia dalam mencari penawar untuk penyakit-penyakit yang menimpa mereka. Kita hanya berusaha untuk berubat dan Allah SWT lah yang menyembuhkan penyakit.
“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit diciptakan bersekali ubat maka berubatlah.”
(Riwayat Ahmad)
Kebelakangan ini, ramai pelajar kami diuji dengan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan segera. Keadaan ini semakin mendesak kerana kekurangan bekalan ubatan. Pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk sama-sama menyumbang bagi membantu menanggung kos perubatan para pelajar tahfiz yatim dan asnaf di saat mereka diuji dengan masalah kesihatan. Allah SWT menjanjikan pahala yang besar bagi mereka yang membantu meringankan beban orang lain, terutamanya dalam hal kesihatan dan kesejahteraan.
"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)
Dengan menyumbang untuk keperluan perubatan, anda membantu memastikan pelajar asnaf dan yatim dapat belajar dengan lebih baik dalam keadaan kesihatan yang terjaga. Setiap sumbangan yang diberikan akan digunakan dengan sebaiknya untuk memastikan keperluan perubatan mereka dipenuhi.
Marilah kita menambah saham akhirat kita dengan berinfaq bermula RM10 bagi keperluan ubat-ubatan anak-anak yatim dan asnaf ini agar mereka dapat menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera seperti anak-anak yang lain di luar sana.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 26, 2024
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Aug 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 23, 2024