Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Aug 14, 2024
RM158 / 5.27 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT, marilah kita bersama-sama menghulurkan tangan untuk membantu anak-anak yatim dan asnaf seramai 52 orang pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Mereka adalah amanah Allah kepada kita, dan tanggungjawab kita untuk memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna, terutamanya dalam ilmu fardhu ain.
Ilmu fardhu ain adalah asas yang sangat penting bagi setiap individu Muslim. Ia meliputi perkara-perkara asas dalam agama yang wajib diketahui dan diamalkan oleh setiap umat Islam seperti aqidah, bersuci, solat, zakat, puasa, haji, adab dan akhlak muslim dan lain-lain lagi.
"Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan ).1. Sedekah jariah, 2. Ilmu yang dimanfaatkan (oleh orang ramai), dan 3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat: Muslim)
Ulama menerangkan ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai ialah ilmu agama yang berterusan mendapat manfaat daripadanya. Contohnya ialah menanggung perbelanjaan mana-mana pelajar untuk menjadi al-hafiz atau alim. Selama orang ramai mendapat manfaat daripada hafalan atau ilmu pelajar itu, maka selama itulah orang yang tanggung perbelanjaan itu akan mendapat pahalanya tidak kira sama ada al-hafiz itu atau alim itu masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Melalui sumbangan infaq ini, pihak maahad komited untuk membantu para pelajar dengan menyediakan kitab-kitab pengajian, alat-alat tulis, dan buku catatan kepada anak-anak tahfiz ini. Di samping itu, hasil sumbangan ini akan digunakan dalam membiayai kos bil eletrik dan air di maahad ini demi kelangsungan pendidikan di sini bagi kemudahan dan keselesaan kepada para penuntut ilmu.
Oleh itu, pihak maahad mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada muslimin dan muslimat sama-sama menyumbang bermula RM10 bagi kelancaran kelas fardhu ain pelajar asnaf, dan yatim ini. Sumbangan kalian amatlah bermakna buat mereka dalam mendapat ilmu asas yang sangat penting untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Aug 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 15, 2024