ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Feb 07, 2023

BANTUAN UNTUK MANGSA GEMPA BUMI TURKI DAN SYRIA

RM15,840 / 10.56 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

455 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

GEMPA BUMI YANG SETAKAT INI, LEBIH 3800 MANGSA AMAT MEMERLUKAN BANTUAN. KAMI MERAYU BANTUAN DANA KECEMASAN DARI TUAN/PUAN UNTUK DIHANTAR PADA KADAR SEGERA.


Gempa bumi gergasi berkekuatan 7.8 scala richter berlaku awal subuh hari ini. Lebih 10 bandaraya utama di Selatan Turki mengalami kerosakan teruk dan sehingga jam 4 petang isnin, lebih 600 orang terbunuh dan 2,000 cedera. Puluhan bangunan apartmen runtuh menyebabkan banyak kemalangan jiwa dan kecederaan.



Manakala di Utara Syria pula, sukarelawan kami di Albab dan Azaz melaporkan banyak bangunan rumah runtuh dan rosak. Orang ramai keluar ke jalan-jalan raya bagi mengelakkan menjadi mangsa keruntuhan bangunan yang mungkin berlaku secara tiba-tiba. Jumlah terkorban di Utara Syria, setakat jam 4 petang hari isnin, 240 orang. Team mencari dan menyelamat menggunakan tangan untuk menggali bangunan runtuh kerana mereka tidak mempunyai peralatan lengkap untuk kerja-kerja yang dilakukan.



Semua kawasan terbabit di Turki diisytiharkan kawasan darurat. Semua hospital dan pusat kesihatan dibanjiri oleh mangsa yang cedera. Ubat-ubatan, kakitangan perubatan dan makanan tidak mencukupi. Kami tidak dapat membayangkan keadaan di Utara Syria terutama kawasan yang di bawah pentadbiran kumpulan penentang.


Jumlah kematian dan kecederaan terus bertambah dari minit ke minit apabila pasukan penyelamat terus berusaha melaksanakan operasi mencari dan menyelamat. Gempa gergasi ini dirasai sehingga ke Negara Cyprus, Lebanon dan Palestin tetapi kami belum menerima sebarang laporan berkaitan kerosakan yang berlaku.



Lapangan terbang Gazientep dan Hatay ditutup kerana kerosakan pada infrastruktur yang teruk. Gazientep adalah bandaraya persinggahan terakhir team misi Iltizam Relief Society setiap kali memasuki Syria untuk menghantar bantuan ke Utara Aleppo. Penduduk di Gazientep dilaporkan keluar dari rumah masing-masing dan duduk di jalan-jalan raya dan kawasan lapang seperti yang dinasihatkan oleh kerajaan Turki. Keadaan di Gazientep bercelaru dan panik apabila gegaran susulan berkekuatan sehingga 6.6 skala richter berlaku berterusan dan kerap.



Suhu di kawasan di Gazientep dan Utara Syria sekarang ini mencecah sifar centigrade dan salji turun dari masa ke semasa. Keadaan tersangat sejuk manakala bekalan makanan pula sangat terhad. Bekalan gas ke kawasan gempa terputus dan kerajaan Turki memaklumkan beberapa hari diperlukan untuk memulihkan paip bekalan yang sangat diperlukan sekarang ini.



Bantuan kecemasan gempabumi Selatan Turki dan Utara Syria. Dana diperlukan segera!


Kawasan bantuan meliputi Gazientep, Turki dan Albab dan Azaz, Utara Syria. Antara bantuan yang akan diagihkan adalah masakan panas dan minuman panas untuk mangsa mangsa.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat