INFAQ BAKUL MAKANAN UNTUK ASNAF DAN ANAK YATIM JULAI 2024

RM2,359 / 78.63 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

104 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SELAGI BOLEH, INFAQ BAKUL MAKANAN BUAT MEREKA YANG MEMERLUKAN DI SARAWAK.


Kempen bakul makanan adalah inisiatif yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya golongan asnaf. Kempen ini menyediakan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, dan lain-lain.



Kempen bakul makanan ini biasanya dianjurkan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO), persatuan komuniti, atau pihak kerajaan tempatan. Tujuannya adalah untuk memastikan golongan yang kurang berkemampuan, seperti mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan, dapat menerima bantuan yang diperlukan untuk menampung keperluan harian.



Dengan kos sebanyak RM50 setiap pek, bantuan ini boleh meringankan beban keluarga yang terjejas dan meringankan sedikit bebanan yang dihadapi oleh mereka ini. Mungkin bantuan ini tidaklah seberapa dan kekal lama. Namun, sedikit sebanyak kita yakin dengan usaha ini, ianya mampu meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.



Antara penerima manfaat hasil daripada kempen ini ialah mereka yang berada di kawasan pedalaman.


Kempen terakhir yang kami lakukan dan diharap agar kempen kali ini akan lebih berjaya dan dapat memanfaatkan lebih ramai penerima

Dengan ratusan permohonan yang telah diterima, peruntukan yang besar diperlukan supaya lebih banyak keluarga boleh dibantu. Kami memohon jasa baik tuan/puan sekalian bersama kami menjayakan program bakul makanan ini lebih-lebih lagi dalam kita berusaha untuk membantu masyarakat kita yang memerlukan.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat