Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 18, 2023
RM545 / 0.78 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM70,000
22 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah telah mula pengajian sejak tahun 2009. Dengan rahmat Allah SWT, beberapa orang pelajar telah menghafal 30 juzuk Al-Quran serta syahadah. Bangunan lama pelajar yang asal tidak dapat menampung pelajar baru yang ingin belajar. Sekarang sebuah bangunan baru 60x20 sedang dibina. Pihak Maahad membuka peluang infaq bermula RM10 kepada muslimin dan muslimat untuk menyiapkan bangunan baru tersebut.
Amal jariyyah menurut bahasa ialah perbuatan yang baik. Menurut istilah ulama syara’ amal jariyyah juga di sebut sebagai wakaf yaitu menahan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai (taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah. Hukum melakukannya adalah sunat. Firman Allah taala yang berbunyi :
لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون وما تنفقوا من شيء فإن الله به عليم
Yang kira-kira bermaksud : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)
Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah antaranya ialah membangun masjid atau sekolah, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira bermaksud:
”Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Al-Quran, masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.” (HR Ibn Majah)
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti perasaan si penerima. Mereka memperolehi pahala di sisi tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyyah berbentuk sedekah ialah:
1. Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
2. Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.
3. Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.
4. Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.
5. Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.
لا تستحيوا من إعطاء القليل فإن الحرمان أقل منه
"Jangan kamu malu dengan pemberian yang sedikit kerana tidak memberi langsung lebih sedikit daripadanya."
Akhir kata pihak Maahad mengajak muslimin dan muslimat sama membantu golongan pencinta Al-Quran mendapat tempat belajar yang selesa dan mudahkan urusan mereka menuntut ilmu agama mudah-mudahan mendapat Rahmah dan redha Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2023
NOORHASYIMAH BINTI AHMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2023
ROHAYA RAMLI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2023