Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Mar 06, 2023
RM2,662 / 26.62 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
114 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Air Hitam Kedah ingin memohon sumbangan dana untuk membeli beberapa buah tangki untuk maahad kami disini kerana pihak maahad disini selalu terjejas dengan masalah bekalan air dan ganguan bekalan air tekanan rendah setempat yang tidak mencukupi. Justeru, pihak maahad berharap pihak muslimin dan muslimat sama-sama membantu pihak maahad kami disini menyediakan beberapa tangki simpanan air dan pam air untuk kegunaan anak-anak tahfiz disini untuk bersuci, mengambil wudhuk, qhada hajat dan sebagainya.
Air memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Bermula dengan penyediaan makanan hingga penanaman dan juga aktiviti seharian kita. Oleh itu, tangki air amat penting untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa cukup. Ketiadaan tangki air ini menjadi masalah kepada para pelajar dan guru-guru untuk melakukan aktiviti mereka. Tangki air merupakan fasiliti paling penting di maahad tahfiz bagi memudahkan keperluan air bersih kepada para pelajar. Hal ini kerana, pembelajaran seharian para pelajar adalah untuk belajar menghafaz Al-Quran dan mereka memerlukan air yang bersih untuk mengambil wudhuk.
Sehubungan itu, pihak maahad menyeru sekalian muslimin muslimat saling bantu-membantu atas jalan ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga setiap titisan air menjadi pahala bagi para penyumbang selama mana ia digunakan. Dengan keyakinan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman, kami berhasrat untuk memperbaiki semua kemudahan di maahad ini.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 07, 2023
MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 07, 2023
ARIEL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 07, 2023
MOHD YAKOP IKRAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 07, 2023