Dalam usaha memastikan kebajikan dan keperluan harian para pelajar tahfiz sentiasa terpelihara, kami ingin mengajak semua pihak untuk bersama-sama menyokong kempen ini bagi kegunaan anak-anak tahfiz. Periuk nasi merupakan antara peralatan asas yang sangat penting dalam penyediaan makanan harian mereka.

Pada masa kini, periuk nasi sedia ada telah uzur dan hanya tinggal satu sahaja yang boleh digunapakai. Ada kalanya nasi tidak masak dengan sempurna atau mengambil masa yang lama, sekali gus menyukarkan penyediaan makanan tepat pada waktunya. Keadaan ini memberi kesan kepada rutin harian pelajar yang padat dengan aktiviti pembelajaran dan hafazan Al-Quran.

Sehubungan itu, kami melancarkan kempen ini bagi mengumpul dana untuk membeli periuk nasi baharu, berkualiti dan tahan lama. Dengan adanya periuk nasi yang baik, penyediaan makanan akan menjadi lebih mudah, cepat, dan terjamin kebersihannya. Ini secara tidak langsung membantu memastikan anak-anak tahfiz dapat menikmati hidangan yang sempurna dan berkhasiat setiap hari.

Allah SWT berfirman: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah: 261)

Bayangkan setiap suapan nasi yang dimasak hasil sumbangan anda menjadi tenaga untuk mereka menghafal ayat-ayat suci Al-Quran, insya-Allah, ganjarannya berpanjangan di sisi Allah SWT.Marilah kita bersama-sama merebut peluang ini untuk berinfaq dan berkongsi rezeki. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi saham akhirat yang tidak putus pahalanya.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini