INFAQ PROJEK AIR DI PULAU SEBATIK

Dianjurkan oleh:
ILTIZAM RELIEF SOCIETY
Dimulakan pada:
25 Nov, 2024
INFAQ PROJEK AIR DI PULAU SEBATIK
100.31%
RM40,122
/RM40,000
1168
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Sanggupkah anda minum air kotor? Maka bantulah kami dengan infaq seikhlas hati untuk membina sebuah sistem air bersih di Pulau Sebatik, Sabah yang menghadapi krisis air ketika kemarau.
Pulau Sebatik, terletak di selatan negeri Sabah, lebih kurang 8km dari Bandar Tawau. Pulau ini agak unik kerana sebahagiannya adalah wilayah Malaysia dan sebahagiannya di bawah Indonesia. Sayangnya,...
Sanggupkah anda minum air kotor? Maka bantulah kami dengan infaq seikhlas hati untuk membina sebuah sistem air bersih di Pulau Sebatik, Sabah yang menghadapi krisis air ketika kemarau.


Pulau Sebatik, terletak di selatan negeri Sabah, lebih kurang 8km dari Bandar Tawau. Pulau ini agak unik kerana sebahagiannya adalah wilayah Malaysia dan sebahagiannya di bawah Indonesia.



Sayangnya, Pulau Sebatik bahagian Malaysia menghadapi masalah air yang berpanjangan. Loji Rawatan Air (LRA) yang sedia ada bukan sahaja tidak boleh menampung, juga kering ketika kemarau.



Mereka terpaksa bergantung kepada punca air bawah tanah yang digali, tetapi kotor.


Pihak Iltizam Relief Society telah mengadakan lawatan ke pulau ini pada 18 November 2024. Kami telah mengenal pasti dua lokasi yang sudah ada punca air di Kg Tongkang, Pulau Sebatik.



Kami berhasrat untuk menjadikan dua telaga air ini sebagai projek perintis di Pulau Sebatik. Kejayaan projek ini akan membuka jalan untuk membina lebih banyak projek air di pulau ini.



Untuk makluman, sehingga 25 November 2024, Iltizam Relief Society telah membina 21 buah telaga air di Sabah, dengan kos hampir setengah juta. Khususnya di pulau-pulau seperti Banggi, Tg Manawali, Mandidarah, Lagaton dan Nunuyan Laut. Lebih banyak telaga akan dibina di Pulau Banggi juga.



Jeti Kg Sg Tongkang, Pulau Sebatik.


Bayangkan pahala yang mengalir setiap teguk air yang dimanfaatkan oleh penduduk pulau-pulau ini?


Ini kali pertama Iltizam Relief Society akan memlaksanakan projek air di selatan Sabah.


Setiap projek air ini mengandungi:

1. Sebuah telaga air

2. Menara tangki air

3. Tangki air yang besar

4. Pam air bermotor / guna tenaga solar

5. Pagar di keliling telaga air untuk keselamatan



Kami juga mendapat kerjasama Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah, untuk menjalankan ujian makmal ke atas sample air telaga-telaga yang telah kami bina dan akan kami bina. Ini untuk memastikan kualiti air selamat digunakan oleh penduduk pulau-pulau ini.



Telaga ini akan bermanfaat untuk:

1. Penduduk

2. Masjid

3. Klinik Kesihatan

4. Sekolah

5. Tadika

6. Dan lain-lain


Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “memberi air.” (HR Abu Daud)



Kos keseluruhan pembinaan telaga air pulau-pulau di Sabah adalah tinggi, kerana masalah logistik tetapi, amat berbaloi. Usaha kecil kita ini akan membantu mereka dengan tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih. Semoga setiap titis air telaga-telaga ini yang membasahi kerongkong mereka nanti diberikan ganjaran yang besar di syurga Allah SWT.


Jom bina satu telaga air di Sabah!


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

21 Feb 2025


Untuk makluman, ini adalah projek air di Pulau Banggi, telah pun siap. Hasil sumbangan anda semua melalui Sumbangan.com.

Impak projek ini adalah memberi air bersih untuk hampir 1,000 orang cikgu, pelajar dan pembantu am di SMK Banggi.



Terdapat lebih 300 anak-anak tinggal di asrama sering menghadapi masalah air, kini dengan adanya system air dibina oleh kami, mereka tidak lagi menghadapi masalah air. Tidak lagi perlu berjalan kaki 300m cari air di kolam dan menghadapi ancaman buaya.



Projek air di Pulau Sebatik apabila siap kelak, akan membekal air bersih untuk penduduk kampung, sekolah dan klinik kerajaan.

Ayuh, kami masih perlukan RM30 ribu sahaja lagi untuk memulakan projek ini.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 13, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 12, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

PEMBINAAN BARU DAN MENAIKTARAF SURAU TAMAN BUKIT SAGA
INFAQ MOREH RAMADHAN UNTUK MASJID MASJID TERPILIH
JOM BANTU BINA ASRAMA PELAJAR YATIM
BINA MUSOLLA DARURAT UNTUK KORBAN BANJIR SUMATERA
RAYUAN SUMBANGAN UNTUK PA SISTEM MASJID YANG UZUR
Kempen Sumbangan Tamat