DANA OPERASI DAN MEMBELI KEMUDAHAN WARGA EMAS AL FATTAH

RM18,781 / 9.39 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

702 Penyumbang

50 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bantu mereka untuk lengkapankan kemudahan di Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah ini selain meneruskan usaha untuk memberi keselesaan dan keselamatan warga emas di sini.


Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah (Al-Fattah) mula beroperasi sejak Oktober 2018 untuk mengurus dan menjaga warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit psikiatri. Kebanyakan mereka di hantar dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital atau NGO.



Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah ini terjadi apabila terdetik di hati untuk menjaga warga emas yang ditinggal atau gelandangan-gelandangan yang terdiri dari warga emas supaya mereka dapat dijaga dengan lebih baik dan teratur.



Alhamdulillah, Rumah Perlindungan Al-Fattah kini menempatkan hampir 20 orang penghuni telah menetap di sini daripada pelbagai latar belakang kehidupan. Ada yang sebatang kara, ada yang ditinggalkan dan diabaikan oleh anak-anak mereka dan dijangka pada tahun 2024 penghuni akan terus meningkat.



Kami juga bersyukur masih ada yang prihatin untuk meringankan beban kami di rumah kebajikan ini. Ada yang menyumbang makan minum, barang basah dan ada yang sumbangkan kereta untuk memudahkan pergerakan penghuni seperti ke hospital untuk rawatan.



Penghuni di sini sangat selesa dan gembira tinggal di sini tetapi kemudahan dan kelengkapan di rumah ini kebanyakan sudah kurang sesuai digunakan. Kami juga risau akan keselamatan penghuni di sini jika terjadinya satu kejadian yang tidak diinginkan atas sebab kelengkapan dan kemudahan yang tidak cukup dan tidak sempurna.



Buat masa ini Pertubuhan Kebajikan Al-Fattah menyasarkan dana sebanyak RM500,000 untuk mengubah suai ruangan sekaligus menyediakan kelengkapan seperti kelengkapan di tandas bagi warga emas, katil, tilam, cadar, kerusi roda, mesin basuh pakaian dan pelbagai lagi keperluan untuk menjamin keselamatan dalam menjaga penghuni disini.  


Kelengkapan tandas warga emas yang masih belum sempurna


Kelengkapan bilik warga emas yang masih kosong





Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."



Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ



“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” Surah Ali Imran, ayat 92



Marilah bantu mereka untuk lengkapankan kemudahan di Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah ini selain meneruskan usaha untuk memberi keselesaan dan keselamatan warga emas disini.



Semoga sumbangan anda ini dapat menjadi asbab untuk anda masuk ke syurga. Selagi mana rumah dan kelengkapan ini digunakan untuk tujuan bermanfaat, selagi itulah pahala akan mengalir masuk ke akaun anda. Semoga anda semua dimurahkan rezeki wahai semua penyumbang yang dermawan. Amin Ya Rabb.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 27, 2024

ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 27, 2024

HARYATI

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 27, 2024