Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH SAYANG DAERAH SIBU
Dimulakan pada May 24, 2022
RM4,575 / 18.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000
202 Penyumbang
Kempen Berakhir!
PELUANG UNTUK SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN DALAM MEMBANTU MEMPERKUKUHKAN RUMAH IBADAH UMAT ISLAM DI SARAWAK.
Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit.
Bukan itu sahaja, dalam usaha untuk memastikan pihak surau dapat menjimatkan kos utiliti, maka inisiatif pengedaran lampu solar turut diusahakan untuk dipasang di sekeliling perkarangan surau untuk menjimatkan kos elektrik.
Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu kheyr.
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
5 OKTOBER 2022
Sebanyak RM 3500 telah digunakan untuk membeli 4 unit speaker luar untuk surau, 1 set ampplifier serta mikrofon dan juga 4 unit speaker dalam bagi kegunaan surau di Kampung Sebako, Daro. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Tuan Haji Abdul Raafidin Majidi sendiri kepada pengerusi surau berkenaan iaitu encik Hatim.
Ayuh bersama kita terus menyumbang dan sekiranya sumbangan tuan/puan telah mencapai satu angka yang membolehkan bantuan pembelian alat ganti tersebut dibelikan, maka pihak kami akan terus menyegerakan bantuan berkenaan.
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).
Jom #BuatBaik!
29 Ogos 2022 di Masjid Kampung Tanjung Bundong, Bintangor Sarawak. Penyerahan peralatan untuk membaik pulih Masjid yang agak usang dan bocor bagi keselesaan masyarakat Islam di situ.
Penyerahan telah dilakukan oleh pengerusi NGO sendiri kepada pengerusi Masjid iaitu saudara Musa bin Wahi.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 05, 2022
AISAR HANIEF
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jun 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 04, 2022