Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM430 / 4.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di sudut terpencil Sekotong, di tengah hamparan tanah yang kering dan sunyi, terbaring seorang lelaki bernama Sadini, menanggung duka dalam diam. Berusia 64 tahun, Sadini bukan sekadar warga emas biasa. Dahulunya, beliau seorang pencari nafkah yang gigih, sanggup memerah tenaga demi sesuap rezeki. Namun, beberapa tahun lalu, satu kemalangan tragis telah meragut segala-galanya.

Ketika sedang mengangkat dua guni simen, tubuhnya yang sudah tidak sekuat dahulu rebah menyembah bumi. Sejak detik itu, Sadini terlantar serta tidak lagi mampu berdiri, tidak lagi mampu mencari rezeki seperti dulu. Kini, dia hanya mampu terbaring tidak berdaya, ditemani sunyi dan kesakitan di kampungnya di Sekotong.

Inilah rumah atau bilik yang diduduki semasa sakit supaya isteri cepat mengemas ketika suami ingin membuang air besar atau kencing.


Di sebalik dinding rumahnya yang sederhana, terdapat seorang isteri setia yang tidak mengenal penat lelah berjuang untuk tiga anak lelaki mereka. Dia bekerja sambilan, menjadi buruh kasual di jalanan, ladang, atau bahkan menjaga lembu orang lain, semuanya demi menyara hidup.
Pahit getirnya hidup dan beratnya ujian ini seakan tiada penghujungnya. Sadini yang pernah menjadi tonggak keluarga kini hanya mampu memerhatikan perjuangan isterinya dari atas katil. Semoga ada insan yang membantu meringankan beban Sadini sekeluarga, agar senyuman mereka kembali mekar di tengah badai kehidupan yang tiada penghujung ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 17, 2025
MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2025
MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2025