MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 28, 2023

INFAQ KOS BAIK PULIH BUMBUNG SURAU MAAHAD TAHFIZ ASNAF

RM190 / 3.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM SALURKAN SUMBANGAN DENGAN BERINFAQ BAGI KOS BAIK PULIH BUMBUNG SURAU YANG MERUPAKAN TEMPAT IBADAH DAN BELAJAR ANAK-ANAK TAHFIZ KAMI. JADIKAN HARTA PENYELAMAT KITA DI AKHIRAT KELAK.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan ikhlas daripada seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT. Saat ini, pihak kami dalam usaha untuk memperbaiki dan memulihkan bumbung surau yang merupakan kelas dan tempat ibadah pelajar tahfiz kami.



Anak-anak tahfiz kami yang sedang berusaha keras untuk memahami dan menghafal Al-Quran seharusnya belajar dalam suasana yang tenang dan fokus. Namun, situasi bumbung yang bocor telah mengganggu fokus mereka pada pembelajaran dan ibadah mereka.



Bumbung yang rosak dan uzur telah menjadi suatu perhatian penting bagi kami terutama dalam menghadapi cuaca yang tidak menentu. Ketika hujan lebat turun, kekhuatiran dan kegelisahan melanda hati anak-anak ini kerana kebocoran yang sering terjadi telah mengganggu kedamaian tempat ibadah juga ruang para pelajar kami belajar dan mendalami agama.




Menjaga dan memelihara tempat ibadah merupakan tanggungjawab umat islam terutamanya surau juga adalah tempat para pelajar mendapatkan pendidikan agama. Oleh kerana itu, dengan penuh harapan kami mengajak anda semua untuk turut serta berinfaq dalam usaha mulia ini dan diniatkan semata untuk mendapatkan rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati setiap sumbangan yang diberikan untuk saling membantu atas jalan kebaikan dan ketaqwaan. Jazakumullahu khairan jaza’


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 29, 2023

Kempen Sumbangan Tamat