Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH SAYANG DAERAH SIBU
Dimulakan pada Jun 20, 2022
RM1,205 / 12.05 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
57 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum warahmatullah. Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang Daerah Sibu adalah sebuah pertubuhan yang bukan sahaja memfokuskan kepada kebajikan masyarakat semata-mata malah kami juga memfokuskan kepada bantuan pelajaran kepada anak-anak B40 yang perlu diberikan perhatian khusus.
Gambar 1: Ibu kepada salah seorang penerima bantuan di mana anak beliau mendapat tawaran sambung belajar di Universiti Malaya di dalam jurusan undang-undang.
Kami yakin dan percaya bahawa dengan adanya sistem pendidikan yang baik diterima oleh mereka, ia mampu untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka di masa akan datang. Usaha yang kami lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang dihadapi oleh mereka untuk menghantar anak-anak ke menara gading.
Gambar 3: Pelajar dan keluarga yang menerima bantuan ini
Pendidikan sangat penting. Bak kata-kata daripada Nelson Mandela “Pendidikan adalah senjata paling mematikan di dunia, karena dengan pendidikan, kamu dapat mengubah dunia” – Nelson Mandela. Ayuh kita bersama mendorong usaha dan semangat ini untuk mengubah nasib generasi akan datang ke arah yang lebih baik. Tanpa usaha kita, tidak mungkin perkara ini akan berjaya.
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 21, 2022