NOR HASHIMA BINTI ABDUL HAMID
Ya Allah pelihara lah anak - anak ini dan lindungi lah mereka dari keperitan hidup ini. Setiap istighfar yang kita lafazkan adalah satu langkah mendekatkan diri kepada Allah. Dalam kesibukan harian, marilah kita ingat untuk meluangkan waktu bagi memohon keampunan-Nya setiap pagi dan petang. Dengan setiap kalimat istighfar, kita bukan sahaja membersihkan jiwa, tetapi juga membuka pintu rahmat.
2 orang mengaminkan doa ini
SUMAITI BINTI MAYASIN
Saya doakan semoga anak2 asnaf ini diberikan kekuatan,kesabaran dan ketabahan hati.Semoga anak2 asnaf ini mendapat pendidikan yg sewajarnya dan nasib mereka semua terbela.Semoga anak2 asnaf ini dilimpahkan dan diperluaskan lagi rezeki mereka seperti air sungai yg sentiasa mengalir tanpa hentinya dan saya doakan semoga di setiap langkah dan perjalanan mereka akan dilindungi dan diberikan petunjuk.
1 orang mengaminkan doa ini