Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ Semoga Allah swt mengampunkan dosa diriku, ahli keluargaku, sanak saidaraku, guru2ku, semua kaum muslimin dan muslimat dari zaman Adam as serta para pembaca doa ini. Dipermudah rezeki dan urusan dunia akhirat. Mendapat syafaat nabi Muhammad saw. Dimasukkan ke dlm syurga tanpa hisab. Semoga diperkenan doa kami pada hari Jumaat ni.Aamiin yra
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Ya Karim, Ya Latif, alirkn pahala ini ke atas kedua ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, adik beradikku, seluruh ķeturunanku, sahabatku, guruku, muslimin muslimat,mukminin mukminat, Ya Allah, Ya Wahab, Ya Fata, Ya Razzaq, kurniakn aku dan keluargaku kesihatan yang baik, kurniakan aku rezeki seluas langitMu dan rezeki yang berkah.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Ya Karim, Ya Latif, alirkn pahala ini ke atas kedua ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, adik beradikku, seluruh ķeturunanku, sahabatku, guruku, muslimin muslimat,mukminin mukminat, Ya Allah, Ya Wahab, Ya Fata, Ya Razzaq, kurniakn aku dan keluargaku kesihatan yang baik, kurniakan aku rezeki seluas langitMu dan rezeki yang berkah.
Anda mengaminkan doa ini