Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN

3 tahun yang lepas

Ya allah, lindungi kami dr azab kubur, api neraka, padang masyar & masukkan kami ke dlm syuga firdaus tampa hisab dgn rahmat mu

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan kami rezeki yang luas

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah rezeki yg luas, halal, baik & tidak memberatkan. Selamatkanlah haiwan dan alam dr kekejaman manusia. Hilangkanlah Covid19. Dapatkanlah Dewi Meranti pekerjaan di Doha Bank Qatar.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan kami rezeki yang luas. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang baik tanpa memberatkan kami. Ameen ya Rabb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan kami rezeki yang luas, rezeki yang berkat, rezeki yang seluas langitMu, rezeki yang tidak putus-putus seperti mengalirnya air zam-zam, rezeki yang bertebaran di seluruh dunia

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL

3 tahun yang lepas

Ya Allah,Dikau cucurilah rahmatMu ke atas roh ibuku Almarhumah Rosmah bt Ismail.Ya Allah,Dikau ampunilah segala dosa ibuku semasa hayatnya.Ya Allah,Dikau hisablah ibuku dgn seringan² penghisaban.Amiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: