Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM30 / 0.09 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM35,000
3 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Salah satu bentuk bantuan yang kurang popular dalam kalangan orang Islam adalah membantu pendidikan seseorang. Sedangkan melalui pendidikan kita mampu mengubah nasib masa depan seorang siswa dan siswi untuk jangka panjang.
Ramai di antara kita amat pemurah, tetapi kita suka memberi bantuan yang kesannya jangka pendek sahaja. Sedangkan, agama ajar kita fokus juga jangka panjang. Apabila matinya seorang manusia, tiada amalan yang mana pahalanya terus mengalir melainkan 3 amalan ini:
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang dimanfaatkan
3. Doa anak yang soleh
Ramai anak-anak kita dapat gred A dalam SPM, lalu mendapat tawaran ke IPT. Konsep pembelajaran di IPT hari ini sudah maju dengan teknologi. Pensyarah tidak perlu hadir ke kuliah pun, kuliah masih boleh berjalan secara maya.
Tanpa komputer riba, seorang siswa boleh ketinggalan dalam pembelajarannya dan tidak mampu bersaing dengan rakan siswa yang lain. Semua anak-anak tanpa kira kaum, layak mendapat peluang pendidikan yang sama kerana ini masa depan mereka. Namun, kemiskinan sering kali menjadi alasan untuk tidak terus belajar hingga ke menara gading.
Oleh itu, Iltizam Relief Society telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan dan mendapat tawaran melanjutkan pendidikan ke IPT tetapi tidak mampu memiliki sebuah laptop. Melalui “Iltizam Children Education Fund” (ACE Fund), Iltizam telah pun menyampaikan 50 buah laptop kepada 50 siswa dan siswi di seluruh Malaysia.
Kini, kami sudah tiada dana untuk meneruskan tabung Pendidikan ini. Kami sasarkan untuk membantu 10 siswa dan siswi lagi. Kebetulan pasca SPM ini, permintaan akan meningkat memandangkan ramai anak-anak akan mendapat tawaran ke IPT. Kita tidak boleh membiarkan impian mereka pudar kerana kemiskinan!
Setiap bantuan komputer riba baru yang sesuai ialah berharga antara RM3,000 hingga RM3,500, bergantung kepada spek komputer riba dan jurusan diambil oleh siswa terbabit.
Rebutlah peluang sedekah jariah dengan membantu anak-anak ini mendapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan mereka. Anda tidak mampu beri sebuah laptop, sedekahlah seikhlas hati anda. Allah menilai keikhlasan hati anda bukan nilai sedekah anda semata-mata.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Ambil kesempatan Juma'at ini untuk hulurkan Sedekah Juma'at anda minggu ini untuk membantu kami membeli sekurang-kurangnya 3 lagi laptop bagi membantu 3 mahasiswa dan mahasiswi yang kurang mampu tetapi dapat tawaran belajar di IPT.
Ayuh tuan / puan, klik di sini untuk sokong:
https://sumbangan.com/rayuanbantuanlaptop
Pada 1 Muharram 1445H yang lalu, kami telah menyampaikan laptop yang ke 54 kepada adik ini, siswa UiTM Perlis. Kami sanggup ke utara hampir 6-7 jam perjalanan demi membantu masa depan pendidikan anak ini dari keluarga kurang mampu. Beliau hanya ingin menimba ilmu setara dengan anak-anak lain. Salah kah?
Jika tidak salah, mengapa kita kurang berminat membantu pendidikan mereka yang kurang kemampuan?
Alasan lazim kita mana kerajaan, mana zakat dll, bukan mana kita?
UiTM ini dibiayai oleh kerajaan, tiada kaum lain di Malaysia mendapat fasiliti pendidikan sebaik ini. Zakat bantu dari segi yuran pengajian dll. Semua ada memainkan peranan masing-masing.
Jadi, kita juga boleh memainkan peranan, kalau
Salah satu sedekah yang mengalir pahala hingga ke kubur kita ialah ilmu yang bermanfaat.
Hari ini kita bantu pendidikan anak orang lain, satu hari mungkin anak kita atau cucu kita pula.
Ayuh tuan / puan dermawan, banyak lagi laptop diperlukan untuk membantu anak-anak ini.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2023
MUHAMMAD AIDY BIN SULONG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 13, 2023