Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Feb 10, 2023
RM305 / 10.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum. Beras merupakan bahagian makanan terpenting dalam gizi harian. Ia adalah aspek utama dalam hidangan harian bagi penduduk di wilayah Nusantara ini. Namun demikian walaupun ia adalah makanan ruji tetapi kenaikan harga yang semakin lama semakin mahal telah menyukarkan bagi sesetengah golongan untuk membelinya.
Konsep meletakkan hidangan di atas meja adalah satu kewajipan bagi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Namun begitu, kenaikan kos harga makanan yang tidak terkawal menyebabkan rakyat semakin tertekan. Mahu tidak mahu ketua keluarga kadangkala terpaksa memotong bahagian perbelanjaan yang lain demi bekalan beras.
PKPR terpanggil untuk melaksanakan program satu keluarga bantuan 1 kampit beras sebagai usaha untuk membantu rakyat yang terjejas. Dengan adanya program sebegini maka rakyat dapat dibantu. Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 13, 2023
SHARIFAH SHAFIKA BINTI SYED HAMZAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 13, 2023