Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang telah memberikan nikmat iman dan Islam kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda, para sahabat, dan seluruh umat Islam yang istiqamah di jalanNya.

Tuan/Puan yang di rahmati Allah SWT, surau adalah rumah Allah tempat kita sujud, berdoa dan mendekatkan diri kepadaNya. Di sinilah hati-hati yang tenang berkumpul, di mana ilmu disampaikan, dan di mana generasi Islam dipupuk. Namun, keadaan surau yang kita cintai sekarang ini memerlukan perhatian dan penjagaan bersama
Surau yang menghadap ke arah matahari terbit menyebabkan ruang hadapan menjadi sangat panas dan menyesakkan terutama dari pagi hingga tengah hari. Keadaan ini bukan sahaja mengurangkan keselesaan jemaah, malah memberi kesan kepada kanak-kanak dan warga emas yang hadir beribadat.

Lebih membimbangkan, apabila hujan, air hujan mudah memasuki bahagian dalam surau menyebabkan lantai menjadi basah dan licin kerana surau ketika ini tidak mempunyai beranda. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini berpotensi merosakkan struktur bangunan termasuk pintu dan tingkap kayu yang semakin rapuh akibat terdedah kepada haba dan air secara berterusan.
Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh rasa tanggungjawab melaksanakan kempen ini dengan matlamat:
1. Membina beranda surau
2. Melindungi dalaman daripada panas matahari
3. Menghalang air hujan daripada memasuki surau
4. Mengekalkan struktur bangunan untuk menjadikannya lebih tahan lama
Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Setiap infaq adalah pelaburan dunia akhirat yang tidak akan rugi. Walaupun kecil pada pandangan manusia, ia sangat besar di sisi Allah SWT.
Semoga Allah SWT menerima setiap amalan yang kita lakukan, melimpahkan keberkatan pada rezeki kita, dan menjadikannya amal soleh yang kekal hingga ke akhirat.
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini