YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 27, 2023

SEDEKAH RAMADHAN DI KOTA SUCI MEKAH PADA TAHUN 2023

RM260 / 1.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu golongan susah di Kota Mekah. Sesungguhnya besar ganjaran untuk orang yang sentiasa bersedekah. Semoga kita terpilih oleh Allah SWT masuk di kalangan orang baik hati untuk memberi makanan.


Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh dengan keberkatan yang amat dinanti-nantikan umat Islam kerana pada bulan ini, baik miskin mahupun kaya, berlumba-lumba membuat amal ibadat. Pada saat golongan fakir dan miskin terus dalam keadaan serba kekurangan meskipun sudah tiba waktu berbuka puasa, kita pula bermewah-mewahan ketika membeli makanan yang akhirnya berlaku pula pembaziran ketika berbuka. Ini antara perkara yang perlu direnungi dalam bulan yang mulia ini.


Oleh itu, di bulan mulia yang bakal menjelma ini, kami di YAMM mengambil inisiatif untuk melancarkan Sedekah Ramadhan Di Kota Suci Mekah Pada Tahun 2023. Kempen untuk membantu semua golongan yang kurang berkemampuan khususnya di sekitar Kota Mekah.



Betapa besarnya nikmat bersedekah kerana Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi dan bersedekah. Ini merupakan program sumbangan dibuat kedua kalinya di Mekah. Wakil kami yang mengerjakan umrah akan memberikan bantuan sumbangan ini kepada mereka yang memerlukan di Kota Mekah.


Marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan. Pada masa yang sama, usah lupa untuk mendoakan agar urusan setiap saudara seagama kita sentiasa berjalan dengan lancar dan diberkati olehNya. Semoga Allah menerima sedekah anda semua sebagai amalan walaupun RM10 dan dapat mengukir senyuman kepada mereka. InsyaAllah.



Nabi Muhammad SAW Bersabda, “Barang siapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.”

(HR. Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2023

MOHD SAWAL BIN MAARUS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2023

NORHAMAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2023

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat