Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jun 28, 2024
RM841 / 28.03 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
26 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sebagaimana yang diketahui bahawa makanan berkhasiat amat penting bagi para penghafaz Al-Quran. Para pelajar kami berdedikasi sepenuhnya dalam menghafal dan mempelajari Al-Quran, dan pengambilan makanan yang baik dan seimbang adalah salah satu kunci utama untuk memastikan mereka dapat menjalankan tugas mulia ini dengan efektif dan bertenaga.
Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen ini bertujuan untuk menyeru saudara-saudari agar menyumbang bagi menyediakan makanan berkhasiat seperti ikan segar kepada para pelajar di maahad kami. Dalam seminggu pihak maahad memerlukan 30 kilo ikan segar bagi memenuhi keperluan protein buat 70 orang para pelajar asnaf dan yatim.
Nutrisi yang baik membantu menjaga kesihatan fizikal para pelajar. Mereka memerlukan tenaga yang cukup untuk menjalani rutin harian yang padat, termasuk waktu belajar, beribadah, dan beraktiviti. Dengan makanan berkhasiat, para pelajar dapat menjaga keseimbangan emosi dan mental mereka, yang sangat penting dalam proses menghafal Al-Quran.
Kami sangat berharap agar anda dapat bersama-sama kami dalam memastikan para penghafaz Al-Quran ini mendapat pengambilan makanan yang terbaik. Sumbangan anda untuk menghadirkan makanan berkhasiat atau dana untuk penyediaan makanan amatlah dihargai. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM11.00
Jul 02, 2024