RAYUAN PROJEK TELAGA AIR ILTIZAM

Dianjurkan oleh:
ILTIZAM RELIEF SOCIETY
Dimulakan pada:
18 Oct, 2022
RAYUAN PROJEK TELAGA AIR ILTIZAM
96.69%
RM77,351
/RM80,000
2513
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengajak rakyat Malaysia sama-sama memyumbang untuk membina banyak telaga air di pulau-pulau terpencil dan miskin di Sabah yang amat memerlukan sumber air bersih.
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud).Walaupun negara kita telah p...
Kempen ini bertujuan mengajak rakyat Malaysia sama-sama memyumbang untuk membina banyak telaga air di pulau-pulau terpencil dan miskin di Sabah yang amat memerlukan sumber air bersih.


Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud).



Walaupun negara kita telah pun merdeka selama 65 tahun, terdapat tempat-tempat di pedalaman Malaysia yang tidak mempunyai sumber air bersih kecuali dengan menadah air hujan atau bergantung dengan air telaga. Di Sabah, banyak pulau-pulau kecil yang mempunyai penduduk hampir 100% beragama Islam. Selain dari keadaan yang dhaif dan miskin serta belum ada kemajuan, keperluan paling asas dan paling mendesak di pulau-pulau ini adalah air bersih.





Menyedari keperluan penduduk di pulau-pulau ini, Iltizam Relief telah memulakan projek telaga air di Sabah pada Mac 2022. Bermula dengan telaga air untuk Pulau Tanjung Manawali yang melibatkan 2 fasa. Projek ini telah pun siap sepenuhnya dan kini bermanfaat untuk masjid, penduduk kampung dan sebuah sekolah rendah di pulau ini.


Alhamdulillah, dengan sokongan para penderma termasuk kerjasama dari Sumbangan.com, kami telah menyiapkan 2 lagi projek telaga air iaitu di Kg Bayangan Laut (Pulau Banggi) dan di Kampung Inaruntung, Pitas. Namun, terdapat banyak lagi pulau-pulau yang memerlukan bantuan kita semua!





Kami bercadang terus menerajui anda berbakti di tanah air kita, khususnya di Sabah ini. Kami bercadang membina lebih banyak telaga-telaga air di pulau-pulau termiskin ini. Pulau-pulau ini terpencil. Contohnya, ada pulau yang mengambil masa 5 jam pelayaran untuk ke Kudat. Tanpa telaga air, mereka perlu bergantung harap dengan air hujan sahaja.


Apabila musim kemarau, mereka akan menghadapi krisis air lalu terpaksa membeli air botol untuk diminum dari tanah besar. Sabah dan pulau-pulaunya adalah kedaulatan negara kita Malaysia. Ada negara jiran cuba menuntut Sabah dari kita. Maka inilah masanya kita tunjuk pulau-pulau ini milik siapa! Kita wajib ambil peduli negeri Sabah!





Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada penduduk kampung, masjid/surau dan sekolah. Setiap telaga air kami bina juga bukan sekadar telaga air tetapi lengkap dengan menara tangki air dan pam air bermotor serta pagar di keliling telaga air untuk keselamatan.


Seperti disebut di atas, kampung-kampung yang akan dibina telaga air adalah di pulau-pulau terpencil di perairan Sabah. Maka ini memerlukan kapal kecil untuk mengangkut barang-barang binaan. Oleh itu, kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi tetapi amat berbaloi. Usaha kecil kita ini akan membantu mereka supaya tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih.



Semoga setiap titis air telaga-telaga ini yang membasahi kerongkong mereka nanti diberikan ganjaran yang besar di syurga Allah swt. Ayuh para penderma, Sabah milik Malaysia. Jom bina telaga air di sana!


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

13 Apr 2023

PEMBETULAN: TELAGA 11 DAN 12


Maaf ada kesilapan penomboran telaga. Di atas adalah projek telaga yang ke 11.


Di bawah pula adalah projek telaga ke 12. Sebelum ini kami melaporkan ini telaga ke 11. Sebenarnya ini yang ke 12.


Manfaat 2 telaga air ini di Pulau Nunuyan Laut ialah:


- Masjid

- Sekolah

- Dan penduduk kampung



JOM SERTAI TELAGA KE 13 - 16


Adakah anda ingin wakaf telaga air di bulan Ramadhan ini?


Tanpa air maka tiada kehidupan. Maka memberi air seperti memberi kehidupan, maka ganjaran sudah tentu amat besar. Ditambah pula bulan Ramadhan.


Banyak lagi telaga perlu dibina di pulau-pulau kecil dan terpencil di perairan Sabah.


Kami bukan hanya bina telaga air, tetapi sistem air yang mengandungi:

- telaga air

- ada menara tangki air

- ada pam air bermotor

- pagar di keliling telaga air untuk keselamatan


Kami juga baik pulih atau memasang paip untuk berwuduk di Masjid / Surau yang ada di pulau tersebut.


Jom wakaf / infaq untuk Telaga Air seterusnya di Sabah dan ambil keberkatan Ramadhan.


05 Apr 2023

𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗚𝗔 𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘 𝟭𝟭


Alhamdulillah, projek telaga air di Pulau Nunuyan Laut, Sandakan telah siap.


Manfaat telaga ini ialah kini masjid di pulau ini kini sentiasa ada air yang dipam dari telaga ke tangki air masjid. Telaga ini juga membekalkan air ke rumah-rumah di kampung ini.



Tanpa air maka tiada kehidupan. Banyak lagi telaga perlu dibina di pulau-pulau kecil dan terpencil di perairan Sabah. 


Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada:


- Penduduk kampung

- masjid / surau

- sekolah / tadika


Setiap telaga air kami bina juga bukan sekadar telaga air, tetapi


- telaga air

- ada menara tangki air

- ada pam air bermotor

- pagar di keliling telaga air untuk keselamatan



Lokasi kampung-kampung dibina telaga air juga di pedalaman atau pulau kecil di perairan Sabah, maka kos logistik adalah tinggi. 


Sebab itu kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi tetapi amat berbaloi kerana wakaf air memberi kita ganjaran pahala berterusan selagi telaga ini terus bermanfaat.


Usaha kecil kita untuk membantu penduduk di sini supaya tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih.


Semoga Allah menggantikan sumbangan anda semua dengan yang lebih baik.


Jom wakaf / infaq untuk Telaga Air seterusnya di Sabah.

02 Mar 2023



𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐆𝐀 𝐀𝐈𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀


Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.

Projek telaga Air Yang Ke 9 telap siap di Kampung Rahmat, Pulau Banggi!

Terima kasih kepada semua penyumbang dari dalam dan luar negara!

Semoga Allah gantikan harta anda dengan yang lebih baik dan barokah.

Kami sedang melancarkan project telaga air yang ke 11 dan 12 di Pulau Nunuyon Laut, Sandakan.

Ayuh, jangan lepaskan peluang.

09 Feb 2023





TELAGA AIR KE 7, SABAH, MALAYSIA


Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.


Projek telaga air yang ke 6 telah disiapkan di Kampung Dogoton 2, Pulau Banggi, Sabah.


Insya Allah, telaga air ini bermanfaat untuk surau dan beratus keluarga di kampung ini.


Banyak lagi telaga air akan dibina di pulau-pulau dan kampung-kampung terpencil di mana mereka hanya bergantung kepada air tadahan air hujan sahaja.


Projek telaga air di pulau-pulau ini agak mahal kosnya kerana perlu sewa kapal untuk mengangkut bahan binaan ke pulau-pulau tersebut dan upah juga mahal. Namun, ini satu “pelaburan akhirat” yang amat berbaloi, insya Allah, kerana pulau-pulau seperti ini hanya bergantung kepada air hujan atau air telaga untuk bekalan air bersih. Maka penduduk akan menikmati wakaf air bersih ini untuk jangka masa yang panjang, dan pahala terus mengalir untuk anda, insya Allah.


Oleh itu, ayuh kita menyumbang untuk telaga air di Sabah.


08 Feb 2023














TELAGA AIR KE 6, SABAH, MALAYSIA


Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.


Projek telaga air yang ke 6 telah disiapkan di Kampung Dogoton 1, Pulau Banggi, Sabah. Walaupun hari-hari hujan dan kedudukan kampung ini juga agak terpencil, projek ini dapat juga disiapkan dengan baik.


Insya Allah, telaga air ini bermanfaat untuk surau dan beratus keluarga di kampung ini.


Banyak lagi telaga air akan dibina di pulau-pulau dan kampung-kampung terpencil di mana mereka hanya bergantung kepada air tadahan air hujan sahaja.


Oleh itu, ayuh kita menyumbang untuk telaga air di Sabah.


19 Dec 2022



Kami sudah recce 4 kampung di Pulau Banggi, antara yang akan mendapat manfaat berterusan air bersih ialah sebuah madrasah yang terletak di hujung pulau ini.

Mereka amat memerlukan telaga, sekarang mereka hanya tadah air hujan dan air kolam untuk bekalan air.

Kos agak tinggi sebab

14 Nov 2022



Satu lagi telaga air beserta tangki air dan motor pump telah siap di Pulau Lagaton, Sabah.

Telaga ini akan bermanfaat untuk lebih 100 orang penduduk dan surau.

Jom kita bina banyak lagi telaga air di pulau-pulau terpencil di Sabah.

01 Nov 2022










Alhamdulillah, Projek Wakaf Telaga No. 4 di Pulau Mandidarah, Sabah telah siap sepenuhnya.


Telaga ini akan memberi air bersih untuk Surau di sini serta penduduk kampung. Mereka tidak lagi perlu bergantung kepada air hujan untuk bekalan air bersih. Pam air motor akan salurkan air terus ke tangki besar di Surau dan juga salurkan air terus ke kampung. Bila-bila mereka perlu mereka akan buka pam air motor ini hingga tangki penuh.

Hanya Allah mampu membalas jasa anda semua.

Semua semua penyumbang diberikan anugerah pahala sedekah jariah.

Telaga ke 5 pula adalah di Pulau Lagaton (Silk Island), Sabah.

Telaga ke 6 dan 7 pula adalah di Pulau Banggi, Sabah.

Jom kita tempah saham akhirat kita yang berterusan mengalir selagi air telaga-telaga ini terus mengalir.

31 Oct 2022




Alhamdulillah, projek pembinaan telaga dan pondok untuk menutup kawasan telaga sudah berjalan di Pulau Mandidarah, Sabah.

Telaga air ini akan membekalkan air kepada surau dan juga penduduk kampung di sini dengan menggunakan pam air bermotor yang juga akan dipasang oleh pihak kami.


Masih belum terlambat tuan / puan, malah projek ini sentiasa terbuka untuk anda berwakaf / infaq projek telaga air di Sabah.

Ayuh tuan / puan yang ingin menambah saham akhirat yang berterusan mengalir, wakaf / infaq hari ini.

26 Oct 2022




25/10/2022, Hari Pertama

Alhamdulillah, 2 projek telaga air di 2 pulau sedang berjalan sekarang.

Insya Allah, selepas siap projek ini ada lagi 2 telaga air perlu dilaksanakan di satu lagi pulau di Sabah.

Ayuh kita menyumbang untuk Projek Telaga Air di pedalaman dan pulau terpencil di Sabah, Malaysia.

21 Oct 2022


Setakat ini untuk projek telaga air di Malaysia, ILTIZAM RELIEF telah pun siapkan 3 buah projek besar.

Insya Allah, dengan sokongan anda, Telaga Ke 4 akan dibuat di Pulau Mandidarah (Maridala), Sabah.

Ayuh tuan / puan yang ingin menambah saham akhirat yang berterusan mengalir, wakaf / infaq hari ini.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2023
WAN FADZLINA BINTI WAN MOHD AZMI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

MENYANTUNI KUCING TERBIAR DI BULAN RAMADHAN
Kempen Sumbangan Tamat