Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,680 / 30.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000
134 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sesungguhnya kemeriahan Aidilfitri bagi anak-anak terletak pada pakaian baharu mereka yang akan dipakai pada padi hari raya. Al-Baihaqi ada meriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar akan mengenakan sebaik-baik pakaian pada hari raya. Maka, berpakaian baharu dan cantik pada hari raya adalah amalan sunnah yang pernah dilakukan Rasulullah SAW dan sahabatnya.
Sebagai menyahut seruan hadis ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk menyalurkan bantuan pakaian baharu hari raya bagi golongan asnaf dan miskin yang berada di sekitar Lembah Klang dan sasaran kami adalah 60 orang yang akan menerima bantuan pakaian baru bernilai RM200 setiap seorang.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan Ramadhan ini demi melihat golongan asnaf dan miskin ini bergembira di hari raya nanti.
Hadis riwayat Ibnu Abbas RA, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda “Sesungguhnya amal yang paling disukai Allah SWT setelah melaksanakan berbagai hal yang wajib adalah menggembirakan Muslim yang lain. Membeli baju baharu di hari raya mampu menggembirakan golongan asnaf dan miskin ini untuk menyambut hari raya.
Allah S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami