YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 19, 2022

ASNAF BANDAR PERLU DIBANTU

RM120 / 1.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan makanan asas untuk golongan asnaf di bandar. Jom bantu ringankan kehidupan mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sesungguhnya kehidupan di bandar bukanlah semudah yang disangka. Memang benar ada yang mengatakan bahawa bandaraya menjanjikan seribu peluang kehidupan namun bukan semua mampu mengecapinya. Realitinya, ramai masyarakat yang tinggal di kawasan bandar hidup dalam kesusahan dan mereka ini tergolong dalam kelompok miskin bandar. Apatah lagi ketika kos sara hidup ketika ini yang begitu menekan.



Ziarah team kami di sekitar Lembah Klang baru-baru ini di sekitar kawasan PPR Kota Damansara dan Puchong menemubual beberapa orang penduduk asnaf mendapati mereka amat memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai bagi menampung kehidupan. Di kalangan mereka ada yang baru kehilangan pekerjaan, ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap, peniaga runcit kecil-kecilan dan pelajar sekolah dari keluarga asnaf.



Atas rasa simpati terhadap mereka ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yag sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang penerima yang layak yang berada di sekitar Lembah Klang khususnya yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini sebagai amal bakti kita kepada saudara kita sesama Islam yang kurang bernasib baik khususnya yang amat memerlukan pertolongan. Semoga usaha kecil kita ini dapat meringankan beban yang sedang mereka tanggung dan mudah-mudahan usaha kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Marilah kita menghayati sabda Nabi Muhammad SAW sepertimana yang dijelaskan oleh Abu Hurairah RA: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat