Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM261 / 5.22 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Rumah merupakan kediaman yang amat penting bagi terbinanya keluarga. Di situlah tempat untuk berteduh dari panas dan hujan serta tempat bermulanya kehidupan. Sesungguhnya rumah adalah keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Al-Nahl:80)
Ziarah kami ke sebuah rumah keluarga asnaf di Batu Gajah, Perak mendapati rumah keluarga ini musnah akibat hujan lebat dan angin yang kuat. Rumah keluarga ini adalah rumah pusaka lama dari orang tua mereka dahulu. Namun disebabkan kekurangan sumber kewangan, maka rumah yang menjadi tempat berteduh keluarga ini tidak mampu untuk dibaiki. Akibatnya, mereka sekeluarga terpaksalah menumpang di rumah jiran yang berdekatan.
Oleh itu, atas rasa simpati terhadap musibah yang menimpa keluarga asnaf ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk mengutip sumbangan bagi membaik pulih rumah yang rosak ini. Bahagian rumah yang perlu dibaiki adalah bahagian atapnya yang rosak akibat ditiup angin. Selain itu, sumbangan berupa barangan makanan kering juga akan disalurkan untuk keluarga ini seperti beras, tepung gandum, minyak masak, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai agar tidak ketinggalan bagi turut serta untuk memperoleh saham akhirat dengam bersama menyumbang bagi membantu membaik pulih rumah keluarga asnaf ini. Mudah-mudahan, sumbangan yang dihulur akan mendapat ganjaran yang besar serta keampunan dari Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim)
Jom #Buatbaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MUHAMMAD AIDY BIN SULONG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM21.00
Sep 27, 2023