Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,035 / 33.92 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
106 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T. Golongan nelayan kecil merupakan golongan pencari rezeki yang begitu bergantung dengan hasil laut dan cuaca. Pendapatan mereka sangat tidak menentu, adakalanya hasil tangkapan tidak mampu untuk menyara keperluan keluarga sekiranya keadaan laut bergelora dan cuaca tidak baik. Bukan untuk menagih simpati, namun sebahagian bantuan yang diberi oleh pihak berwajib sebenarnya masih tidak mencukupi untuk keperluan harian golongan nelayan kecil lebih-lebih lagi yang terpaksa menanggung keluarga besar, anak-anak yang masih bersekolah kesemuanya dan orang tuan yang uzur dan sakit.
Skuad Yayayan Amal Maaruf Malaysia yang berkunjung ke beberapa kampung nelayan disekitar negeri Johor mendapati ramai di kalangan mereka yang memerlukan bantuan dan ihsan dari kita. Mereka terdiri daripada golongan nelayan miskin, muallaf dan OKU. Sebahagian mereka ada yang terpaksa menanggung ibu bapa yang sakit dan anak-anak istimewa.
Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap golongan nelayan miskin, nelayan muallaf dan nelayan OKU ini, maka pihak Yayasan melalui program bantuan ihsan akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, meehon, minyak masak dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Sasaran bantuan akan melibatkan golongan yang diraikan berjumlah 150 - 200 orang yang berada di beberapa perkampungan nelayan di sekitar negeri Johor.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan nelayan miskin, nelayan saudara baru dan nelayan OKU. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat keampunan dan keredhoaan dari Allah SWT.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim).
Terima Kasih. Wassalam.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Humaira binti Zohdi
Jumlah: 1
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 19, 2022