YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 24, 2021

INFAQ TABUNG MANGSA PASCA BANJIR SELANGOR

RM4,505 / 4.51 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

187 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia telah melancarkan Infaq Tabung Mangsa Pasca Banjir Selangor yang akan mengumpul dana bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir besar di Selangor. Jom kita membantu!

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Tabung Mangsa Pasca Banjir Selangor

 

Bencana banjir yang telah melanda beberapa kawasan di Selangor baru-baru ini, khususnya di kawasan Hulu Langat, Shah Alam dan Sepang telah memberi kesan yang dahsyat terhadap kehidupan mangsa banjir yang terlibat. Kemusnahan dan kerosakan terhadap harta benda dan kenderaan sememangnya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dikembalikan.

 

Menyedari akan kesusahan dan kepayahan ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) telah melancarkan Infaq Tabung Mangsa Pasca Banjir Selangor yang akan mengumpul dana bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir besar di Selangor berupa bantuan kewangan dan keperluan lain seperti barangan elektrik contohnya periuk nasi dan cerek elektrik, tilam, bantal, selimut dan lain-lain yang diperlukan oleh mereka.

 

Oleh itu, Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan Infaq Tabung Mangsa Pasca Banjir Selangor ini bagi meringankan beban yang sedang ditanggung oleh mereka. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.



 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 31, 2021

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 31, 2021

HUZAIFAH BIN MOHD DRUS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 31, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2021

Kempen Sumbangan Tamat